Bye Bye Happy Days.

Assalamua'laikum and Hi-yeoms :3

Harhar , lama tak layan Ryoma-kun.

Hellooooo guys. Yeahhh , aku dah habis exam /joget joget/ Tadi paper last aku ICT dengan Chemistry ohyeahhhhh harhar Alhamdulillah aku dapat jawab tapi aku tak yakinlah aku boleh dapat A ke tak lol ._. Ehem , well exam Add Mathseuu aku hari Khamis haritu bersamaan dengan paper Physics dan Sejarah. Lol , kalau kalian jadi aku kan agak-agak ada rasa macam nak pecah otak tak ? Huh aku sakit kepala okay menjawab paper-paper pada hari tersebut. Waktu pagi-pagi lagi dah kena jawab exam Physics tapi InshaAllah aku lulus kut. //Harhar , aku tak berani nak target tinggi lol -_-. Bagi aku kalau lulus tu pun dah kira okaylah kan harhar. And yeahhh , lepas Physics aku exam paper Sejarah tapi still okay sebab waktu free ada dalam setengah jam cemtulahhh so sempat study jugak yang mana yang tak sempat tu kennn. Dan Add Mathseuu aku bermula 10 minit selepas habis paper Sejarah lol memang tak sempat nak baca apa-apalah kan lol so aku redha jelahh dan jawab je kertas soalan tu. Puihhhh , soalan Add Mathseuu sumpah mengarut kei cara aku jawab paper tu seolah-olah macam aku tak pernah belajar Add Mathseuu ._. Lol tapi kan aku tak tinggal satu soalan pun okay harhar bangga ni lol kahkah /flips hair/ And yeahhh jawapan aku semestinya merapu dan mengarut. Jadi kesimpulannya , aku target Add Mathseuu aku gagal yayyyy haha /hantuk kepala dekat dinding/. Tsk , aku cuma mampu berdoa agar Cikgu Add Mathseuu aku dikurniakan kesabaran yang tinggi semasa menanda paper Add Mathseuu aku luls ;~; Kahkah entah-entah kertas jawapan aku dah lunyai agaknya cikgu aku kerjakan harhar ._.

Adachiiiii-kunnnnnn ;~~~~;

Ahahahah comel kan gambar manusia di atas tu lol harhar aku admire gilaaaaa budak Jepun ni *o* Lol , cenggini cerita dia sekolah aku ada jalinkan hubungan pengantarabangsaan dengan Tomita High School yang terletak di Gifu so yeahhh sekolah si Adachii ni anjurkanlah lawatan pengantarabangsaan ke sekolah aku. Tapi sebenarnya aku tak terlibat pun lol dengan program ni cuma aku ni jadi penyambut tetamulah kiranya sebab aku ahli kompang sekolah ._. //Woahhh , first time aku join wehh berterabur aku main. Then , tiba-tiba cikgu cakap ahli kompang semua kena ajar budak Jepun tu main kompang lol aku macam ohmaigoshhhh cemanalah aku nak ajar wehh dahlah aku tak berapa pandai speaking Jepun luls. Dan ini bermakna aku secara tidaklangsung terlibat dengan program ini. Oh aku lupa nak cerita pasal si Adachii ni harhar /face palm/ Okay si Adachii ni pelajar Tahun Lima kiranya Form 5 lah kan hehehe lol aku tengok pelajar Jepun turun daripada bas lepastu nampak dia omg siyes aku cakap yang aku memang terlupa dekat suami-suami aku dekat Korea semua bila nampak muka dia. AAAA , dia seolah-olah watak hero dalam manga tahuuu lol tinggi , putih , kacak dan sebagainya lah kan. Dan bebudak Jepun ni di-escort oleh para pelajar yang telah ditetapkan oleh cikgu pffft /flips sekolah/ mana aci aku pun nak escort jugak tsk tapi tak kisahlah kan ._. And yeahhh Izzati merupakan salah seorang ahli peng-escort tu lol ataupun lebih dikenali sebagai L.O aku pun tak tahu apa maksud dia hmph -_-. Apapun untunglah Izzati okay aku jealous dengan dia harhar even dia punya partner tu tak handsome tapi at least dia comel hewhew oh nama dia pun sedap , Shou.


And yeahhh lol masa mereka datang untuk belajar kompang tu kan aku dah eksaited dah sebab aku tahu yang si Adachii tu ada sekali lol aku rasa nak jerit je time tu hahah*o*. Ahah tapi aku tak ajar Adachii sebab L.O dia dah pilih budak kompang yang lain untuk ajar dia so yeahhhh tak apa aku tak kisah pun hikhok aku ajar budak Jepun yang lain tapi still lelaki and yeahhh memang susah sikit masa nak ajar sebab aku tak reti speaking Jepun ._. Comel gilaaa kut budak tu harhar eksaited betul dia nak belajar kompang lol banyak kali kut aku ucap "gomenasai" sebab aku main kompang tu laju sangat sampai dia pun tak boleh ikut. Lepastu kan , masa aku tengah ajar budak Jepun tu mata aku tiba-tiba tertancap dekat si Adachii yang comel itu harhar. //Lol , ayat aku tak blahh okay. Harhar , dia dah habis belajar kompang kut time tu bagus gilaaaa dia memang cepat tangkap hoho *o* And then , aku nampak si Adachii tu pegang gambar Atsuko Maeda alahhh member AKB48 tu lol then semua budak kompang berkerumun dekat dia sebab nak tengok gambar tu luls. Aku pun nak tengok jugak tsk tapi takkanlah aku nak tinggalkan budak Jepun yang aku kena ajar tu cenggitu je tak sopanlahkan so aku ajar je dia sampai dia boleh main. Habis je aku ajar budak Jepun tu aku terus kejar si Adachii tu. 


Ahah , time tu dia ada dekat luar bilik tempat belajar tu. Aku tak kira aku nak tengok jugak gambar Atsuko Maeda tu dahlah dia bawak daripada Jepun tu lol. Lepas aku ada dekat dengan dia eh tak maksud aku ada dekat tempat yang dia berdiri tu aku tegurlah dia hahah aku cakap "gomenasai" kut time tu sebab yang tu je yang terlintas dekat fikiran aku luls. Then , dia pun macam tanyalah kan kenapa aku cakap cemtu dekat dia harhar then aku guna bahasa isyarat menunjukkan segi empat tepat. //Lol , aku gilaaaa -.-" Ahah then dia macam blurrrr sebab tak paham apa yang aku nak sebenarnya lepastu aku pun sebutlah 'AKB48' hahah barulah dia faham hewhew. Dia pun bukaklah beg dia cari gambar tu tapi tak jumpa hahah bersungguh-sungguh betul dia mencari lol lepastu kawan dia macam cakap dekat dia sambil tuding jari ke arah bilik tadi. Maksud kawan dia mungkin tertinggal dekat dalam so aku cepat-cepat masuk bilik tadi dan ambik gambar Atsuko Maeda yang dia tertinggal tu. Lepas aku dah belek puas-puas gambar tu , aku pun keluar pergi dekat dia balik lol hahahah happy betul muka dia time tu kekeke aku pun happy sekali /tampar diri sendiri/. Aku bagi dia balik gambar tu tapi dia macam tolak. Aku pun tayanglah muka blurrr aku kan sebab aku tak faham kenapa dia buat cemtu. Harhar dia senyum lepas tu dia cakap "Take~" dalam pelat bahasa Jepun. Aku faham ._. Dahi aku berkerut seribu kut time tu lol. Lepastu dia gelak then aku dengar dia macam tanya L.O dia aku pun tak tahu apa lol tiba-tiba dia cakap "I gave you~" dekat aku oh okay baru aku faham yang dia bagi gambar Ae-chan dekat aku hekhek aku happy bukan kepalang okayyyy rasa macam nak melompat je time tu *u*


Hahah budak-budak yang ada dekat situ semua bersorak lol masa dia bagi gambar tu dekat aku kahkah. Aku rasa si Adachii ni macam peramah so aku cubalah untuk berbual dengan dia. Hihihi , memang impian aku untuk berbual dengan dia pun cewahhh impian aku tercapai omg /faints/. Aku siap lagi fangirling dengan si Adachii ni pasal K-Pop luls hoho beginilah perbualan kami :

Aku : Ahah , do you know K-Pop ? | Adachii : Eh ? K.. Pop ? /muka blurr comel/ | Aku : /gelak/ I mean , Korean Pop ! | Adachii : Oh yeahhh I know BIGBANG! /smiles cutely/| Aku : Yes yes ! Big Bang! How about KARA ? *excited* | Adachii : KARA oh yeahhhh Go Go Summer ! /nyanyi part korus/   | Aku : Yes you're right ! /rasa macam nak jerit/ Ahahh , Shoujo Jidai ! Adachii : Yeah , Shoujo Jidai Gee Geee baby baby /sambil dance sikit-sikit/ |


Dan yeahhh lol Adachii tu teramatlah kawaii jadi tak hairanlah masa dia dah nak balik tu dia bawak dua beg besar berisi hadiah-hadiah daripada pelajar-pelajar sekolah aku yang dia dapat luls -.-" Untunglahhh handsome , dapat ramai fans hmph /flips jambul Dongwoo/. Terima kasih kepada Tomita High School sebab sudi datang melawat sekolah aku lol hahah hari itu merupakan hari yang istimewa buat aku *o* Phewwww , aku sedih kei masa mereka dah nak balik tu harhar okay dah jadi lumrah kehidupan seorang manusia kan , di mana 'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan' ewahhh kemain lagi. Okay cukup sampai di sini sahaja update aku. Bye-yeoms and sayonaraaaaaaa. 


I'll treasure the happy memories 
that we shared forever.




No comments:

Post a Comment