Open Arms.


Assalamua'laikum and hello people. Ahah lol hari ni tetiba je rajin lol nak update blog hoho tension aku sebab dari tadi asyik menghadap latihan add maths lmao nak pecah kepala otak aku ni sobs haihhhh maths memang dengki dengan aku tsk /sigh/ Entahlah lol exam final aku lagi dua minggu kut rasanya. Well aku sendiri pun tak pasti sebab ada kemungkinan yang mengatakan exam final aku akan dimulakan seiring dengan PMR. Bila fikir balik kan , aku terasa cepat sungguh masa berlalu. Tsk rasa macam baru semalam aku jawab PMR lol. Hmmm lepas exam final cuti then tahun depan aku akan bergelar salah seorang daripada pelajar yang bakal mengambil SPM. Haha kenyataan itu sedikit sebanyak membuat aku rasa berdebar lol. Aku ni kalau bab-bab belajar takdelah terer mana tapi kalau dalam subjek yang aku mahir memang aku akan pastikan yang aku perform betul-betul. Rasanya subjek yang paling aku bermasalah ialah subjek-subjek yang ada unsur maths ._. Alahai maths dengan aku ni dah bermusuh sejak dari aku tadika lol. 


Entah kenapa aku dengan maths ni memang tak ada chemistry pffft aku sendiri pun tak faham. Berdasarkan analisis aku , adik-beradik aku semua terer maths tsk kecuali aku. Mungkin gen-gen pandai maths daripada ummi aku tu tak turun kepada aku lol ahah. Takpelah walaupun aku banyak kelemahan dalam maths , aku masih bersyukur kerana ramai orang yang memahami dan sentiasa bersedia untuk membantu aku untuk menyelesaikan masalah maths yang lebih rumit daripada membaca fanfic yang endingnya tergantung lol. Tapi seriously sekarang aku sangatlah sibuk dengan kerja-kerja sidang redaksi dan semalam aku terpaksa join satu pertandingan untuk buat animasi menggunakan Adobe Flash ya Allah penatnya dahlah benda tu di luar bidang aku lol. Kalau setakat edit gambar guna Photoshop tu aku boleh lagi tapi bila kena buat animasi ni aku rasa macam ada satu ekor ikan paus yang besar dihempapkan di atas bahu aku tsk. Dalam masa yang sama aku pujuk diri aku untuk tidak berputus asa dan sentiasa sabar. Bak kata cikgu aku "Awak kena buat betul-betul. Jangan lupa untuk harumkan nama sekolah". Ya , dulu aku tak pernah dapat peluang langsung untuk berbuat demikian oleh itu aku akan memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya. Tak rugi pun kalau aku pergi kan sebab dapat juga tuntut ilmu Adobe Flash tu haha. Itu pun aku masih rasa risau sebab terpaksa skip kelas chemistry dengan physics haihhh habislah aku hoh moga-moga aku cepat tangkap apa yang cikgu ajar nanti tsk. Okay habis cerita pasal sekolah.

Keep smiling.

Kim Jongdae , selamat hari jadi lol. Semoga kau sentiasa membesar dengan sihat cewahhh macam tak kena je statement aku lol ahah Chen teruskan cita-cita anda untuk menjadi seorang troller yang berjaya wahahaha okay jahatnya aku lol. By the way haha aku rasa Chen dah ramai fans tsk ahaaaaa entah kenapa aku rasa sedih lol wuuu aku sendiri pun tak faham lmao. 

Always love Chen.

Lmao haha tetiba je aku rasa update aku pada hari ni sangat panjang lol ahahaha dan sekarang aku dah kekeringan idea cisseuu. Perut aku pun dah bunyi lagu Growl ni lol ahah memberontak minta diisi tsk okay terpaksalah aku mengundurkan diri. Tsk ahah satu perkara lagi yang aku terlupa lol , kepada 98-liners yang bakal menghadapi PMR aku doakan semoga kalian semua dapat jawab semua soalan dengan tenang. Jangan lupa doa sungguh-sungguh dekat Allah supaya dipermudahkan ketika menjawab perperiksaan okay dan yang paling penting sekali ialah tawakal. All the best guys. Buat parents korang bangga hoho besar pahala nanti lol. Till here , bye-yeoms.




No comments:

Post a Comment